Bengkel Smart ICT (Zon Jagoi)

15 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Jun 2019 (Jumaat), Bengkel Smart ICT telah diadakan di Pusat Internet Serasot dan turut dibantu oleh pengurus daripada Pusat Internet Skio dan Pusat Internet Tj.Bowang. Antara peserta yang menghadiri Bengkel Smart ICT tersebut adalah penghulu dan ketua-ketua kaum dari Zon Jagoi. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membimbing para peserta cara penggunaan komputer dan pengenalan kepada asas Microsoft Word dan juga Microsoft Power Point dimana ianya akan dapat membantu para peserta cara menghasilkan surat-surat rasmi dan cara menghasilkan slides yang betul untuk memudahkan mereka melakukan pembentangan semasa mesyuarat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali